Tuesday, May 6, 2008

Dr Mahathir Mohamad: The Appointment of Judges

Dr Mahathir Mohamad: The Appointment of Judges

Melayu Ketandusan Kepimpinan

Sudah lama negara bumi bertuah ini merdeka. Setiap kali menjelang detik itu, setiap pelusuk dan cerok negara meraikannya walaupun dengan cara yang berlainan bahkan niat, pendapat yang juga berlainan.

Dari mula hendak merdeka sehingga terciptanya nikmat kemerdekaan itu, kita dapat melihat beberapa, bahkan ramai muka-muka pejuang melayu yang sanggup jatuh dan bangun demi negara tercinta. Pentadbiran negara menjurus kepada betapa progresifnya rencanaan yang digariskan, kedaulatan dan kelansungan survival negara tetap diberi keutamaan. Dalam pada itu, nasib dan hak-hak masyarakat pribumi terus menjadi keutamaan dan terus terpelihara.

Mengapa ketika itu, kita kuat? Mengapa ketika itu, semangat kita hebat? Mengapa ketika itu, jatidiri kita terangkat? Mengapa ketika itu, bangsa kita bermartabat?

Jawapannya ialah, ketika itu kita punyai negarawan dan pemimpin bangsa yang hebat. Pemimpin yang sedar akan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang tidak akan sesekali berkompromi jika hak dan nasib bangsanya dicela dan tercela. Pemimpin yang tetap akan kata putih jika sebenarnya sesuatu itu putih, dan tetap akan kata hitam jika sesuatu itu hitam. Tiada yang kelabu.

Dibandingkan dengan senario hari ini, ketika ini, saat ini dan waktu ini, mengapa bangsa melayu sudah tidak segah dulu. Mengapa bangsa melayu sangat sorih menampakkan kelayuan dan kelesuannya. Dimanakah martabat bangsa melayu jika dinegeri tanah tumpah mereka sendiri mereka meminta-minta dari bangsa lain. Dimana maruah mereka, apabila sistem dam kuasa beraja mereka dicela. Hakikatnya, mana pemimpin mereka? Yang seharusnya dan sewajibnya harus kehadapan membela dan mempertahankannya?

Benar kata Hang Tuah, "takkan melayu hilang di dunia", benar juga kata-kata salah seorang pemimpin melayu terbilang yang mahu orang melayu berfikir, "melayu yang macam mana yang kata takkan hilang itu?"

Atau adakah melayu yang ada sekarang seperti ibarat Hang Jebat menyerahkan keris tamingsari kepada Tuah untuk beradu tenaga yang ternyata Jebat pasti kalah. Serahan Jebat itu i.e. keris bolehlah diibaratkan dengan menyerahkan kuasa. Cuba kita fikir, jika tamingsari tidak diserah kepada Tuah, bisakah Tuah mengapa-apakan Jebat? Ironinya, jika melayu tidak serah kuasa kepada .... (sambunglah sendiri)

Menyedari akan hakikat ini, setelah diperhati, selepas era TDM, tiada lagi pemimpin negara yang mampu untuk terus dilihat gah dimata dunia dan sebagai handalan bangsa. Maaf, saya bukan mengkritik kepimpinan sekarang, juga bukan mahu manghasut, tetapi ingin memuji seseorang yang layak dipuji, kerana tidak mahu bergelar anak bangsa yang tidak mengenang budi.

Benar andaian rakan bijaksana saya, TDM bolehlah diibaratkan sebagai bapa, ketika waktu hidupnya bapa telah meninggalkan harta yang mewah kepada anak-anaknya. Bapa manakah yang sanggup melihat ketika hayatnya, melihat harta yang diberi kepada anak-anaknya itu tergadai dan terjual. Betapa keringat diperah untuk si bapa itu mendapatkan harta tersebut, adakah sanggup bapa itu melihat harta itu lenyap didepan matanya. Aplikasikan analogi tersebut dengan realiti nasib bangsa kita sekarang. Maka tak salah bahkan seharusnya dan sebaiknya bapa itu bersuara jika nasib cucunya diambil kira.

TDM, teruskan dengan teguran, moga bapa-bapa kepada anak-anak itu akan sedar.