Saturday, September 26, 2009

IDEA BACUL SEORANG WAKIL MIC

  1. Negara telah dikejutkan dengan lontaran idea bersifat kurang ajar oleh salah seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar Tun Dr. Mahathir dikalungkan dengan kalungan selipar kerana kononnya Tun telah mencampuri urusan MIC.
  2. Ungkapan idea tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dikalangan orang melayu dan juga khususnya ahli-ahli UMNO, yang antara lain menempelak usul dan idea tersebut yang disifatkan kurang ajar, biadap dan melampau.
  3. Saya secara peribadi, berpendapat tindakan yang wajar WAJIB diambil terhadap perwakilan tersebut, kerana ianya sangat berpadanan dengan sifat kurang ajar, biadap dan tidak mengenang jasa dan budi. Suatu idea yang tidak seharusnya terbit dari mulut seorang 'perwakilan' dalam sesebuah parti. Maka tidak layak dia dilantik sebagai perwakilan, bahkan akibat keceluparannya pada pendapat saya, patut mulutnya ditampar dengan selipar terompah kayu.
  4. Umum mengetahui dan menyaksikan banyak sumbangan, perubahan, pembangunan, cetusan idea, dan usaha Tun Dr. Mahathir dalam menaikmartabatkan negara Malaysia sehingga disegani dunia. Malaysia pada era Tun, telah diletakkan dengan gahnya pada peta dunia, biar negaranya kecil namun, semangat dan cita-citanya besar.
  5. Bukan saya bias, kerana telah 'berbesar' dalam era pemerintahan Tun, tetapi apa yang saya nyatakan adalah tuntas kepada fakta dan hakikat yang tidak dapat sesiapa pun jua nafikan.
  6. Memang benar, bila manusia tak punyai kuasa lagi, maka juak-juak pun lari, bahkan sanggup menikam dan menidakkan kebenaran, tiada rasa hormat dam segan silu untuk menghentam, mencaci, mengutuk, mengherdik dan sebagainya.
  7. Justeru, saya berpendapat, tindakan yang SANGAT TEGAS dan SETIMPAL WAJIB diambil kepada pengkhianat dan orang tak mengenang jasa seperti dia, agar sifat kurang ajarnya berbayar.

Salam Lebaran

Assalamualaikum wbt.
Bersempena dengan lebaran dan hari raya yang disambut, dengan rasa takzim dan sukacitanya ingin saya mengucapkan 'selamat hari raya aidilfitri' kepada semua pembaca blog saya.
Moga-moga puasa kita semasa sepanjang Ramadhan akan dan telah diterima Allah. Maka mudah-mudahan kita akan bertemu dengan Ramadhan pesta ibadah lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.