Sunday, March 29, 2009

Harapan Buat DS Najib Sebagai Orang Premier Negara


Persidangan UMNO kali ke 59 telah berakhir dengan jayanya. Kali ini, Persidangan di warnai dengan corat coret pemilihan pucuk pimpinan bagi semua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita serta turut memaparkan saf barisan pimpinan induk UMNO yang baru.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai orang ke-2 mengalahkan Dato' Muhammad Taib. Saf Majlis Tertinggi jugak menampakkan muka baru, harapan baru, idea baru dan kader baru yang pastinya adalah ramuan campuran pelbagai latar belakang dan umur, yang sudah tentunya bakal mencorakkan halatuju UMNO sebagai gagasan mega bangsa melayu.

Dato Seri Shahrizat Jalil diberi taklif sebagai Ketua Pergerakan Wanita, Dato Rohana sebagai Ketua Puteri serta yang amat memberangsangkan adalah keputusan para pewakilan Pemuda untuk mentaklifkan Saudara Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda. Apa pun kisahnya, inilah pemimpin-pemimpin UMNO kontemporari yang telah dipilih dan bersedia menjalankan tanggungjawab demi memartabatkan survival negara bangsa.

Buat DS Najib, penulis mengharapkan agar pentaklifan ini sebagai nafas baru yang malar segar untuk melangkah gagah kearah rencaan pemerkasaan negara bangsa. Di bahu DS Najib, tergalas kini berjuta harapan rakyat yang dapatlah disimpulkan sebagai satu wadah yakni menyelesaikan sebanyak mungkin perjuangan yang telah lama diorak sayugia menjaminkan suatu personifikasi modus dan objektif negara bangsa yang berjaya dan gemilang.

Di belakang DS Najib, tentunya bayangan Ayahanda Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai pemenang suara dan hak rakyat terutamanya masyarakat kebanyakan. Pelbagai usaha yang telah dijalankan Tun Abdul Razak ketika hayatnya, demi mahu melihat anak bangsa terus berjaya, biar langkahnya ditemani becak dan pacat, asalkan suara rakyat dapat didengar dengan sewajarnya, asalkan kemiskinan rakyat dapat diredakan. Biar berhadapan dengan sakit, namun usahanya tiada bandingan bahkan sebagai pembakar semangat dan keazaman untuk merobah nasib rakyat, dan mahu melihat negara bangsa yang berjaya. Banyak tapak awal perjuangan nasib rakyat dipelopori oleh Tun Abdul Razak, antaranya yang sangat berjaya adalah MARA dan lain-lain lagi.

Cetusan idea DS Najib untuk duduk semeja berbincang bersama Tun Dr. Mahathir dan DS Abdullah (Pak Lah) merupakan suatu wejangan yang bersifat maha indah. Moga ini bukan omongan atau ngobrol mahupun retorik, akan tetapi penulis amat berharap, atas nama negara bangsa idea ini seharusnya dijalankan, selayaknya sewajibnya jika melihat kepada persaingan dunia luar dikala seantero dunia merasai akan jerih perih kelembapan ekonomi dunia dek akibat daripada hedge fund dan pinjaman sub prima.

Suatu harapan baru terserlah bilamana Tun Dr. Mahathir menghadirkan diri pada hari akhir persidangan sebelum ucapan pergulungan DS Najib, dan ke pentas utama bersalaman bersama Pak Lah menggenggam tangan bersama menjulang dengan penuh rasa kebersamaan lantaran memancarkan suatu sinar baru kesinambungan perjuangan pemerkasaan rakyat.

Bagi penulis, yangh sudah tu sudah lah.. kita punyai agenda yang lebih hebat sifatnya yang harus dibugar.

Moga bangsaku kan kembali gah menampakkan kegemilangan dan keperkasaannya.





No comments: