Monday, March 30, 2009

Proton O Proton..

  1. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kelahiran dan kehadiran PROTON sebagai sebuah syarikat sulong negara yang telah melakarkan nama Malaysia bumi bertuah ini sebaris dengan negara industri automobil dunia yang lain.
  2. Teringat ketika saya mula-mula dulu hendak membeli kereta Proton, saya telah memilih Proton WAJA 1.6 Auto. Saya di tegur oleh rakan saya, yang mengatakan dia hanya bagi tempoh paling lama 2 tahun, selepas itu katanya saya bakal mengetahui apakah yang akan saya dapati dan bandingkan dengan kereta WAJA lain. Beliau telah menyenaraikan masalah-masalah lazim yang bakal pemilik WAJA akan hadapi.
  3. Memang, mungkin kebetulan atau suratan, saya telah mengalami masalah sedikit demi sedikit sepertimana yang telah dinyatakan rakan saya itu. Brake berbunyi, masalah power window, shock absober, door handle dan pengelupasan warna side mirror handle mula memeningkan kepala saya.
  4. Apakah semangat untuk menyokong industri automobil saya di balas seperti ini. Keluarga saya pada mulanya menggunakan kereta Toyota Corolla jenis lama, biarpun kereta lama (kereta boraq) tapi masalah ini lansung tak pernah terjadi. Dimanakah letaknya kualiti kereta Proton? itu persoalan yang terdetik pada fikiran saya.
  5. Ada juga yang menyatakan kereta Proton hanya boleh dimiliki bagi orang yang ada potensi untuk menukar kenderaan lain selepas tempoh 3 tahun. Ada juga yang berpendapat, jikalau mahu membeli kereta, pilihlah Toyota, Honda dan jenama selain dari Proton. Alah membeli menang memakai. Mungkin mereka punyai alasan tertentu.
  6. Buat Proton, buatlah sesuatu. Mantapkan lagi kualiti kereta keluaran anda. Moga nama Proton akan gah sebaris selayaknya dengan jenama kenderaan lain. Hanya jika mahu Proton maju dan berdaya saing, maka buatlah sesuatu.
  7. Bukan mahu merendahkan Proton tetapi sebagai wejangan demi mahu melihat survival Proton terus utuh.

No comments: